Feb 17, 2013

INFO AIR BIO SUNNAH CYPRESS (POKOK PINE & GARAM HUNZA)

1. Pokok Pine Cypress


Pokok Pine Cypress merupakan pokok dari spesies kayu bahtera Nabi Nuh a.s. Kajilidikan meliputi juga artifak Bahtera Nabi Allah Nuh a.s yang sekarang ini terdampar di Bukit Al Judi, di Banjaran Ararat, Turki. Dalam kajian ini, Bio-Sunah bekerjasama dengan Profesor Mohammad Shakran Shuhatah dari Mesir yang sudah terlibat dalam kajian selama 35 tahun.

Satu mukjizat perubatan yang sangat hebat dalam tamadun manusia telah tercetus lebih dari 6000 tahun dahulu ekoran peristiwa Banjir Besar yang dengan peristiwa itu, Nabi Nuh a.s telah menerima perintah Allah SWT menyiapkan satu bahtera.

Serpihan kayu pokok pine yang dipercayai diambil dari Bahtera Nabi Nuh AS

Hasil kajian Profesor Mohamad Shakran Shuhatah selama lebih dari 30 tahun membuktikan bahawa bahtera Nabi Nuh a.s diperbuat dari spesies kayu pine cypress. Kajian beliau telah menemukan rahsia perubatan yang telah disimpan oleh pengkaji barat sejak abad ke-17 lagi.

Kajian beliau sangat menakjubkan kerana hampir keseeluruhan bahagian pokok ini boleh dimanfaatkan untuk kesihatan yang maksima. Namun, amber (getah) pokok pine cypress telah menjadikan kajian Profesor Mohamad Shakran berada di dalam kelas yang berlainan sama sekali. Penemuan penggunaan amber pokok ini dalam perubatan menyelesaikan hampir keseluruhan masalah kesihatan yang dialami masyarakat moden kini.

Kajian menunjukkan bahawa pokok ini mengandungi bahan fitokimia yang sangat bernilai tinggi untuk kesihatan seperti monoterpenes, dan phycenogenol. Penemuan ini telah memecahkan beberapa kebuntuan perubatan dan kes-kes kesihatan yang memeningkan.

Khasiat dalam tumbuhan ini mencangkupi satu ruang lingkup yang sangat mengkagumkan meliputi kebaikannya di dalam mencerna gelombang tenaga, meningkatkan aktiviti anti-oksida (menghalang radikal bebas), menjana homeostasis (keadaan harmoni) dalam tubuh badan dan persekitaran, membentuk satu suasana equilibrium pada organ dan persekitaran, merangsang kepada penyembuhan dalaman, pembaikan dan penjanaan sel baru (rejuvenasi) dan merangsang sistem imunisasi yang lebih baik.

Ini kerana cypress melalui kajian perubatan jelas mempunyai keupayaan yang luar biasa kerana memiliki ciri-ciri anti-virus, anti kuman, dan anti depresif. Selanjutnya membantu penyembuhan selsema, melegakan kesakitan dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan supaya berfungsi dengan lebih baik.

 2. Mineral Kristal Garam Hunza


Mineral Kristal Garam Hunza ini yang terdapat 2000 kaki di kawasan rahsia di Pergunungan Kaum Hunza di sempadan Pakistan, Afganistan dan China. Dalam kajian ini, Bio-Sunah bekerjasama dengan Dr. Hisham bin Hashim, seorang gemologist dari Malaysia. Garam ini 100% Asli yang mengandungi 84 “natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Struktur kristal garam ini yang seimbang menunjukkan jalinan yang baik, tiada bayangan atau bahagian kasar. Kristalnya tidak terpisah dari jejak unsur mineral (84) tetapi saling bersambung dalam keadaan sekata. Ini bermakna kandungan tenaga dalam bentuk mineral adalah seimbang dan mudah diproses oleh badan kita.

Kristal ini penuh dengan unsur kehidupan. Jika diambil sebagai makanan akan memberi kesan tenaga mutlak pada badan. Hasilnya memberi keuntungan kepada badan dan tiada kehilangan tenaga.

Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda berkata:

“Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja.”

Jelasnya: “Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan, disusun dan dikuatkan semula, dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.“

Rahsia alam semulajadi yang tersimpan sejak 250,000,000 tahun yang lalu akhirnya terbongkar Garam Sunnah Hunza adalah sumber simpanan semulajadi untuk kekuatan tenaga hayat. Garam yang istimewa ini menunggu masanya untuk menyatakan sifat semulajadinya sebagai penyimpan tenaga dengan kendungan BIO-PHOTON bagi kesihatan manusia sejagat.

Kristal garam bukit daripada Hunza berasal daripada penguapan lautan purba semenjak ratusan juta tahun yang lalu. Tenaga solar, yang diperlukan untuk penciptaan ini diperangkap didalam setiap zarah daripada kristal garam ini yang dipanggil BIO-PHOTONS.

Selain daripada tenaga, setiap galian didalam bumi berada didalam garam kristal ini dalam bentuk yang banyak yang mana ia menyamai dengan Jumlah galian yang terdapat didalam struktur sel kita,jika kita hendak mengambilnya dengan cara yang bijak.

Galian-galian ini tersangatlah kecil, yang mana mereka boleh diterima oleh badan kita pada paras selular: mereka adalah. Jika dilarutkan kedalam air,garam itu sangat berguna kepada kita, bersama dengan tenaga solar yang diperolehi.

Dengan mengambil sejumlah kecil (ikut aturan pada kotak) dengan segelas air akan mempastikan kandungan galian dikembalikan pada tubuh kita: sel-sel tersebut akan berfungsi semula, diharmonikan, disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.

Daripada 84 elemen-elemen galian yang terdapat di dalam tubuh badan manusia, 72 dipercayai bahan paling penting diet yang sihat dan garam sunnah mengandungi 72 elemen galian tersebut. Semua galian-galian ini adalah kristal matrik yang sempurna kerana mengandungi caj eletrik yang membolehkan aktiviti elektrolit tubuh berjalan dengan lancar.


Harga : 
RM 4 sebotol (500ml)
RM 90 sekotak (24 botol x 500ml)

Untuk tempahan & pertanyaan sila,
sms / whatsapps ~ 0148049541